Penghalau Serangga Organik

40gm (Satu sudu mini (disediakan) dicampurkan dengan 500 ml air. Boleh dibancuh sehingga 10 gelen air)
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
500 ml (Sedia disembur pada pokok).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
..

.
.
.
2gm (Satu sudu mini (disediakan) dicampurkan dengan 500 ml air. Boleh dibancuh sehingga 4 Liter air)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
…
.
.
.
..
( 3 Dalam 1 )
-
Penghalau Serangga Organik,
-
Baja Semburan Daun dan
-
Siraman Akar Tanaman.
Merupakan sejenis baja semburan daun organik yang mampu menghalang serangan serangga, kulat dan ulat.
Rumusan ini juga dapat menyuburkan tanaman tanpa membahayakan tanaman, haiwan dan juga manusia.
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman seperti tanaman hiasan (berbunga mahupun tidak), pokok buah-buahan, sayur-sayuran malah juga padi.
REPELLA merupakan satu penyelesaian mudah kepada permasalahan pokok-pokok dan tanaman anda.
PERANAN DAN FUNGSI “BIOST REPELLA”
1. REPELLA mengandungi semua 16 jenis unsur-unsur makanan pokok / nutrien iaitu yang paling lengkap yang mudah diserap oleh tanaman untuk mempercepatkan proses pertumbuhan dan perkembangan fasa vegetatif / generatif pada tanaman.
2. Sebagai Zat Perangsang Tumbuhan (ZPT) bagi mempercepatkan pertumbuhan vegetatif tanaman, merangsang pengeluaran bunga dan buah seterusnya dapat mencegah daripada keguguran buah dan daun.
3. Sebagai larutan Bahan Pemulih Tanah / Soil Treatment Solution bagi pemulihan sifat fizik tanah supaya tanah menjadi gembur dan subur semula secara berperingkat.
4. Juga berperanan sebagai sumber makanan pokok / nutrien dalam bentuk organik yang dapat menggalakkan perkembangan / pembiakan organisma dan mikroflora dalam tanah dengan adanya Organic Bio Stimulants termasuk Humic Asid dan Seaweed Extract yang tinggi.
PERHATIAN: REPELLA dapat menghalau serangga daripada merosakkan tanaman. Mengandungi semua 16 unsur makanan pokok terlengkap yang mampu menjimatkan penggunaan baja sehingga 30% disamping berupaya membaiki keadaan tanah yang rosak.
Untuk mencapai kesan semaksima mungkin, adalah disyorkan pemakaiannya disusuli dengan penggunaan produk pelengkapnya yang lain terutama Pemulihara Tanah iaitu Bio Indah Organik Soil Treatment bersama dengan Baja Bio Organik “BOKASHI EM”.
Walaupon fungsi utama Repella hanyalah sebagai baja pelengkap bukannya ubat pembasmi serangga perosak dan penyakit, namun penggunaan Repella akan dapat menjadikan tanaman lebih sihat. Sebenarnya REPELLA hanya bersifat mengurangi serangan serangga perosak dan penyakit tetapi bukan untuk menghapuskannya sama sekali.
Pemulih Tanah Organik

Berat: 1 Kg
Kaya dengan nutrien, mineral, vitamin, enzim, protin dan mikrob, dapat menjadikan dan mengembalikan tanah seperti tanah yang subur di hutan.
Penggunaan pemulih tanah secara kerap dapat menjadikan tanah anda kaya dengan nutrien dan dapat menjadikan tanaman anda lebih sihat.
“Feeding The Soil To Feeds The Plant”
|
SPECIFICATION – TYPICAL ANALYSIS |
|
Organic Carbon – 9-11 % |
|
Nitrogen – 2.5-3.5% |
|
C/N Ratio – 10-15% |
|
Moisture Content – 20% Max |
|
pH (in water) – 8.5 |
|
Cation Exchange Capacity (CEC) – 20-30% |
|
Microbe count > 1.0×108 colony forming units (cfu) per gram dry weight |
” MENGHIDUPKAN SEMULA TANAH SEHINGGA TANPA PERLU MEMBAJA TANAMAN”
Suatu rumusan ajaib yang cukup berkesan untuk mengembalikan kesuburan tanah sehingga tanpa perlu menambah pembajaan tambahan untuk bercucuk tanam di tanah yang tidak subur atau yang rosak akibat dari penggunaan bahan atau baja kimia secara berlebihan mengakibatkan tanah-tanah yang selalu dibaja menjadi seolah-olah seperti kekurangan nutrien (baja). Walaubagaimana pun, syor-syor berikut boleh diamal atau diguna pakai untuk membaiki keadaan tanah tersebut.
Berbagai cara penggunaan PEMULIH TANAH seperti berikut:-
- PEMULIH TANAH boleh dicampur dengan lain-lain bahan seperti Baja Bio Organik, Bokashi EM, Zeolite, bahan organik, bahan pemulih tanah dan nutrien-nutrien tambahan NPK + T.E
- Boleh digaul dengan semua jenis media tanaman untuk menanam pokok seperti tanah liat, pasir, batu, gambut, substrak fertigasi, sekam padi, serbuk kayu, reputan sampah, tanah bakar, tanah campuran untuk pasu
- Boleh ditabur terus ke pangkal pokok dan di atas akar tanaman kemudian disiram air
- Boleh dibancuh dengan air untuk disiram ke pangkal pokok, di atas akar tanaman, atas permukaan tanah dan rumput
- Boleh dibuat bunjut / uncang kain (cotton ball) untuk diletakkan di atas arang (media) di tepi akar orkid atau bagi tanaman dalam air boleh diletakkan ke dalam bekas takungan tanaman air tersebut
- Penggunaan campuran 1 bahagian PEMULIH TANAH dengan 4 ke 5 bahagian baja atau bahan organik adalah lebih jmat dan berkesan bagi membaja tanaman seperti berikut:-
- POKOK BUNGA DAN HIASAN - 25-50gm mengikut saiz dan umur pokok setiap 1-2 minggu sekali
- ORKID - Letak sedikit-sedikit di atas media (arang) yang dibasah terlebih dahulu setiap 1-2 minggu dan dibuat uncang / bunjut dengan menggunakan cebisan kain yang diikat untuk diletakkan di dalam pasu ditepi akar pokok setiap 1-2 bulan sekali.
- SAYURAN DAN TANAMAN DI BATAS TERMASUK RUMPUT - Gunakan 50-100 gm bagi setiap keluasan 1m persegi bergantung kepada jenis tanaman setiap 1-2 minggu sekali.
- BUAH_BUAHAN - Pisang, Oren, Papaya, Mangga, Pitaya, Kelapa Sawit dan lain-lain – 50-150gm untuk pokok muda. 150-300gm bagi pokok dewasa yang berukuran 1 kaki garis pusat batang setiap 1-2 bulan sekali. Ditabur atas akar sekeliling pokok.
Bokashi E.M. (Baja Bio Organik)

Berat; 1kg
Baja organik bermikrob BOKASHI E.M. adalah sejenis baja organik serbaguna yang unik dihasilkan dengan teknologi dan kejuruteraan terbaik dari Jepun dengan menggunakan Bakteria Aerobik untuk proses permentasi dan pengeringan secara asli, menjadikannya sejenis baja organik terbaik untuk berinteraksi dengan tanah dan alam semulajadi.
Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa baja organik bermikrob seperti BOKASHI E.M. ini mendatangkan kebaikan kepada tanah dan tanaman kerana kandungan organik, nutrien, dan mikrob berfaedah (E.M) di di dalamnya boleh meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan dan saliran air dalam tanah, membantu perkembangan mikro flora yang berfaedah di dalam tanah seterusnya meningkatkan ketersediaan nutrien yang dapat diserap oleh tanaman daripada tanah, walaubagaimana pon tambahan PEMULIH TANAH kepadanya melengkap dan menambahkan lagi keberkesanannya.
Kelebihan Baja Organik BOKASHI E.M.
- Mengandungi mikrob berfaedah (E.M) dan sebilangan besar kandungan nutrien dalam bentuk organik.
- Meningkatkan dan memperbaiki kandungan nutrien dalam tanah.
- Memperbaiki keadaan pengudaraan dan pegangan air untuk perkembangan akar yang lebih sihat.
- Mengurangkan kadar kemasaman dan keasidan tanah.
- Mengandungi kandungan humic asid, amino asid dan unsur mikro yang tinggi.
- Mengurangkan proses larut resap dan kehilangan nutrien.
- Meningkatkan kadar pertukaran kation (cec) untuk meningkatkan daya pengambilan nutrien oleh tanaman.
- Mesra alam, mengandungi 100% bahan organik “Biodegradeable”
- Bebas dari bakteria pathogen, benih rumput dan tidak berkulat.
- Boleh dicampur/digaul dengan PEMULIH TANAH supaya lebih berkesan.
Kadar Penggunaan
- SAYURAN DAUN (Kobis, Sawi, Kailan, Kangkong, Bayam, Salad, Bawang dll) – Gaulkan 1kg baja dengan setiap 2-5 meter persegi sebelum menanam. Tambah dengan PEMULIH TANAH dengan nisbah 5:1 untuk hasil yang terbaik.
- SAYURAN BUAH (Kekacang {cth: Kacang Panjang, Kacang Buncis}, Terung, Bendi, Tomato, Petola, Peria, Cili, Tembikai dll) – Gaulkan 1kg baja dengan setiap 2-3 meter persegi sebelum menanam. Tambah dengan PEMULIH TANAH dengan nisbah 5:1 untuk hasil yang terbaik.
- BUAH-BUAHAN MUDA (Kelapa sawit, Limau Madu, Mempelam, Jambu BAtu, Ciku, Nangka, Rambutan, Koko, Belimbing, Betik, Durian, Pisang dll) – Campurkan dengan PEMULIH TANAH sebelum digaul dengan tanah polibeg. Apabila mengubah ke tanah, isikan 1-2kg/paket campuran baja + PEMULIH TANAH (nisbah 5:1) ke dalam setiap lubang tanaman sebelum menanam. Taburkan 2kg baja + PEMULIH TANAH (nisbah 5:1) setiap pokok dengan kekerapan 2 bulan sekali. * Penggunaan PEMULIH TANAH bersama-sama BOKSHI E.M. atau baja organik lain akan lebih berkesan disamping menjimatkan penggunaan baja dan racun.
- BUAH-BUAHAN MATANG (sama seperti jenis buah-buahan muda) – Kadar bermula dari 3-5kg setiap pokok dengan kekerapan 3-4 kali setahun. Gunakan PEMULIH TANAH dengan nisbah 5:1.
- POKOK BERBUNGA (Semua Tanaman Berpasu Atau Dalam Polibeg) – Gaulkan 50-100gm/pasu/polibeg @ 20-40kk untuk 1 kubik meter tanah semaian. Tambah PEMULIH TANAH jika perlu.
- JAGUNG - 30-50gm setiap pokok. Gaul dengan PEMULIH TANAH sebelum guna dan tabur dipangkal.
- PADI - Gunakan 2 guni = 80kg bagi serelung atau 3 guni = 120 kg bagi 1 ekar. Gunakan PEMULIH TANAH dengan kadar nisbah 10 bahagian BOKASHI E.m + 1 bahagian PEMULIH TANAH.
Borang Tempahan
*Pastikan anda masukkan email yang betul kerana maklumat pembelian akan dihantar ke email anda.



Penggunaan Baja dan Racun Organik Pada Tanaman Menjamin Kesejahteraan dan Kesihatan Anda Sekeluarga.