Baja dan Racun Organik

Menjual baja dan racun serangga organik


Pemulih Tanah Organik

pemulih tanah

Berat: 1 Kg

Kaya dengan nutrien, mineral, vitamin, enzim, protin dan mikrob, dapat menjadikan dan mengembalikan tanah seperti tanah yang subur di hutan.

Penggunaan pemulih tanah secara kerap dapat menjadikan tanah anda kaya dengan nutrien dan dapat menjadikan tanaman anda lebih sihat.

“Feeding The Soil To Feeds The Plant”

SPECIFICATION – TYPICAL ANALYSIS

Organic Carbon – 9-11 %

Nitrogen – 2.5-3.5%

C/N Ratio – 10-15%

Moisture Content – 20% Max

pH (in water) – 8.5

Cation Exchange Capacity (CEC) – 20-30%

Microbe count > 1.0×108 colony forming units (cfu) per gram dry weight

” MENGHIDUPKAN SEMULA TANAH SEHINGGA TANPA PERLU MEMBAJA TANAMAN”

Suatu rumusan ajaib yang cukup berkesan untuk mengembalikan kesuburan tanah sehingga tanpa perlu menambah pembajaan tambahan untuk bercucuk tanam di tanah yang tidak subur atau yang rosak akibat dari penggunaan bahan atau baja kimia secara berlebihan mengakibatkan tanah-tanah yang selalu dibaja menjadi seolah-olah seperti kekurangan nutrien (baja). Walaubagaimana pun, syor-syor berikut boleh diamal atau diguna pakai untuk membaiki keadaan tanah tersebut.

Berbagai cara penggunaan PEMULIH TANAH seperti berikut:-

  • PEMULIH TANAH boleh dicampur dengan lain-lain bahan seperti Baja Bio Organik, Bokashi EM, Zeolite, bahan organik, bahan pemulih tanah dan nutrien-nutrien tambahan NPK + T.E
  • Boleh digaul dengan semua jenis media tanaman untuk menanam pokok seperti tanah liat, pasir, batu, gambut, substrak fertigasi, sekam padi, serbuk kayu, reputan sampah, tanah bakar, tanah campuran untuk pasu
  • Boleh ditabur terus ke pangkal pokok dan di atas akar tanaman kemudian disiram air
  • Boleh dibancuh dengan air untuk disiram ke pangkal pokok, di atas akar tanaman, atas permukaan tanah dan rumput
  • Boleh dibuat bunjut / uncang kain (cotton ball) untuk diletakkan di atas arang (media) di tepi akar orkid atau bagi tanaman dalam air boleh diletakkan ke dalam bekas takungan tanaman air tersebut
  • Penggunaan campuran 1 bahagian PEMULIH TANAH dengan 4 ke 5 bahagian baja atau bahan organik adalah lebih jmat dan berkesan bagi membaja tanaman seperti berikut:-
  1. POKOK BUNGA DAN HIASAN - 25-50gm mengikut saiz dan umur pokok setiap 1-2 minggu sekali
  2. ORKID - Letak sedikit-sedikit di atas media (arang) yang dibasah terlebih dahulu setiap 1-2 minggu dan dibuat uncang / bunjut dengan menggunakan cebisan kain yang diikat untuk diletakkan di dalam pasu ditepi akar pokok setiap 1-2 bulan sekali.
  3. SAYURAN DAN TANAMAN DI BATAS TERMASUK RUMPUT - Gunakan 50-100 gm bagi setiap keluasan 1m persegi bergantung kepada jenis tanaman setiap 1-2 minggu sekali.
  4. BUAH_BUAHAN - Pisang, Oren, Papaya, Mangga, Pitaya, Kelapa Sawit dan lain-lain – 50-150gm untuk pokok muda. 150-300gm bagi pokok dewasa yang berukuran 1 kaki garis pusat batang setiap 1-2 bulan sekali. Ditabur atas akar sekeliling pokok.