|
|
Archive for July, 2008
Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.
Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot. SISTEM FERTIGASI
Untuk membentuk sistem fertigasi, beberapa peralatan diperlukan. 1. Penitis Selain daripada itu, EC meter juga diperlukan untuk mengukur kandungan baja agar bersesuaian dengan tahap tumbesaran pokok.
Dalam sistem fertigasi, larutan baja perlu diberikan kepada pokok sekerap mungkin kerana medium yang digunakan tidak mempunyai nutrien. Pemberian baja perlu diberikan mengikut keperluan pokok untuk mengelakkan pembaziran. Larutan baja yang diberi hanyalah untuk kegunaan pokok dari sesi pertama pemberian baja ke sesi ke dua pemberian baja dalam hari yang sama. Kandungan Baja Fertigasi 1. Nitrogen
|
|||||||||||||