Pertandingan Cipta Logo Abi Agro

ABI AGRO adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada Ogos 2007. Antara objektif ABI AGRO ialah membangunkan pertanian berasaskan teknologi dengan kaedah tanaman secara fertigasi, melahirkan usahawan tani baru melalui program latihan yang ditawarkan, mewujudkan pusat sentralisasi hasil keluaran petani dan juga menawarkan khidmat nasihat kepada yang berminat mahupun petani yang menghadapi sebarang masalah pertanian.

Abi Agro dengan ini menjemput semua warganegara Malaysia  untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Abi Agro. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk melahirkan sebuah logo yang boleh digunapakai oleh Abi Agro sebagai logo rasmi syarikat.

Syarat-syarat pertandingan:

1

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia,

2

Semua ciptaan hendaklah mengambilkira objektif penubuhan Abi Agro.

3

Rekacipta hendaklah bersifat dinamik, dimana Abi Agro akan sentiasa maju ke hadapan dengan teknologi yang terkini,

4

Rekacipta hendaklah asli dan warna hendaklah tidak lebih dari tiga (3) warna,

5

Rekacipta mestilah dilukis menggunakan kaedah teknologi grafik,

6

Rekacipta hendaklah dihantar dalam bentuk ’softcopy’,

7

Para peserta bolehlah mendapatkan maklumat berkaitan Abi Agro di laman web Abi Agro di www.abiagro.com.my

8

Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel yang boleh dihubungi.

9

Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

10

Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan boleh digunakan semula oleh Abi Agro tanpa sebarang syarat.

Penilaian Pemenang

Penilaian akan dibuat oleh pengadil yang akan dilantik oleh Abi Agro. Keputusan pemenang yang dibuat oleh Abi Agro adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima oleh Abi Agro.

Hadiah

HADIAH-HADIAH
Tempat Pertama      : RM 100.00 & Sehelai T-Shirt Abi Agro
Tempat Kedua         : RM 50.00 & Sehelai T-Shirt Abi Agro
Tempat Ketiga         : Sehelai T-Shirt Abi Agro

Setiap penyertaan akan mendapat Kod Diskaun sebanyak RM10.00 untuk pembelian DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro.

Emailkan penyertaan anda beserta logo kepada:

logo@abiagro.com.my

Tarikh tutup:

Sebelum jam 12.00 tengahari, 6 Oktober 2008

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di info@abiagro.com.my

Para pemenang akan diumumkan di laman web Abi Agro.