,

Baja Reynox

RM45.00

Baja Reynox meningkatkan produktiviti tanaman padi, getah, kelapa sawit, tembakau, sayur-sayuran dan buah-buahan di Malaysia dan Asia.

Out of stock

Categories: , Tags: ,

BAJA REYNOX

[BAJA REYNOX K+ & BAJA REYNOX ORI]

Tanaman padi anda bermasalah? Jangan risau baja Reynox mampu menyelesaikan masalah anda. Baja ini mampu merangsang percambahan benih dalam keadaan bendang kering mahupun lembab. Tambahan pula, baja Reynox sangat berkesan ke atas tanaman yang berbuah supaya buah berisi cepat & padat. Secara tidak langsung, ia adalah satu penjimatan secara efektif kerana keberkesanannya untuk semua jenis tanaman. Bahkan baja Reynox sangat-sangat disyorkan oleh MARDI.

Baja organik cecair Reynox membantu meningkatkan mutu dan hasil pertanian anda ke tahap yang terbaik. Menggunakan teknologi dari Jerman yang canggih serta diperkuatkan dengan beberapa elemen tambahan dalam menghasilkan baja organik cecair Reynox, ianya menjadi baja organik pilihan ramai kerana berkualiti tinggi dan keberkesanannya serta meningkatkan lagi hasil.

Baja ini mengandungi kandungan khasiat tumbuhan yang canggih. Selain itu, tanaman akan tumbuh secara seragam dan sempurna kerana baja Reynox mempunyai daya ketahanan yang baik terhadap penyakit dan musim kemarau.

Keunggulan & Keistimewaan Baja Reynox:

  1. Meningkatkan kadar efektif fotosintesis daun padi
  2. Mengawal & menyekat kehilangan air pokok padi
  3. Mengisi penuh buah padi sampai ke pangkal tangkai
  4. Menguatkan daya tahan pokok terhadap cuaca panas
  5. Rintangan terhadap Penyakit Karah Tangkai & BLB

Semburan pada Padi Kebal CL2, MR263, 269, 278, 297, 220, 219:

Waktu: Padi tunduk (umur 75-85 hari)

Kadar: 80 ml/pam + racun serangga & kulat

Semburan pada Sayuran Berbuah: Cili, timun, terung dan lain-lain lagi:

Waktu: Pokok berbunga & berbuah

Kadar: 50 ml/pam + racun serangga & kulat

Sembur: 7-10 hari sembur sekali

Semburan pada pokok berbuah: Buah-buahan dan lain-lain lagi:

Waktu: Pokok berbunga & berbuah

Kadar: 100 ml/pam + racun serangga & kulat

Sembur: 15 hari sembur sekali

Semburan pada pokok sawit:

Waktu: Pokok berumur 4 – 10 tahun

Kadar: 100 – 200ml/pam + racun serangga & kulat (30 pokok)

Sembur: 15 hari sembur sekali di pucuk

Cara penggunaan Reynox Ori:

Bancuh 1ml baja Reynox dengan 1kg biji benih padi.

Paras air perendam 1 inci dari ketinggian benih padi.

Rendaman harus 24 jam kemudian di titiskan dalam karung guni selama 24 jam.

Kemudian benih padi boleh disebarkan. Hapuskan dahulu siput gondang emas jika ada.

Tanamlah tanaman sesuai kehendak dan selera anda. Baja Reynox sedia berkhidmat kepada tanah. Maju Petani Maju Negara.

 

Weight 1.3 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?