DRIPPER
Dripper ini kegunaannya adalah sebagai penghubung antara sistem piping dan polibeg, selain fungsinya menyalurkan air secara titisan ke polibeg, ianya juga berfungsi sebagai penyeragam tekanan air dari pam.
Kebaikan:
Kandungan bekalan air/nutrien menjadi titisan kecil dan sekata.
Keburukan:
Selalu terjadinya tersumbat kerana size laluan air pada dripper yang kecil.
Terdapat juga dripper yang mempunyai fungsi yang sama tetapi dengan bentuk L, air/nutrien akan di hantar ke media dengan cara melintang.