Bayam Hijau – Daun Bulat Green World

RM3.00

Bayam Hijau – Daun Bulat Green World sesuai ditanam secara hidroponik atau tanah serta boleh ditanam di kawasan tropika yang panas dan lembap. Kandungan10 gram setiap pek

Bayam Hijau – Daun Bulat Green World
Bayam hijau sesuai ditanam dalam media tanam yang kaya dengan organik serta sedikit berpasir. Ia juga boleh ditanam dalam tanah gambut dengan syarat air tidak bertakung. Bajak atau cangkul tanah supaya gembur untuk sediakan ruang udara yang mencukupi. Boleh juga gunakan daun atau rumput yang dipotong yang telah reput. Boleh juga gunakan pelet tinja ayam, kambing atau lembu. Tabur dan biarkan mereput kira-kira selama 2 minggu.
Anda juga boleh tanam dalam pasu, seeloknya pasu panjang dan gantung pada bingkai jendela menggunakan besi yang dibuat khas untuk menggantung. Gunakan tanah yang kaya dengan organik.
MENYEMAI
Benih bayam sangat halus. Gaulkan dengan pasir untuk jarakkan benih dan tabur ke atas batas atau ke dalam bekas.  Siram dengan berhati-hati. Benih akan bercambah selepas 2 atau 3 hari.
MENJARANG
Cabut cambahan yang terlalu rapat dengan menjarakkan pokok antara 8 hingga 10 cm.
MENYIRAM
Bayam perlukan banyak air. Di musim kering, siram 2 kali sehari. Jika bekerja, anda boleh siram secara automatik menggunakan timer.
MERUMPUT
Merumput untuk membuang rumpai jika perlu untuk mengelakkan persaingan air, baja dan cahaya. 

MAKHLUK PEROSAK:
Ulat bulu sangat gemarkan daun bayam hijau. Perhatikan tanda-tanda daun rosak. Kutip ulat dan bunuh ia.
KEBAIKAN:
1.Manfaat Bayam Hijau sebagai membaik penglihatan
Kedua antioksidan lutein dan zeaxanthin yang sangat banyak di bayam dan melindungi mata dari katarak dan usia degenerasi makula terkait.
2. Manfaat Bayam Hijau bagi kanser
Flavonoid – sebuah phytonutrisi dengan sifat anti-kanker berlimpah dalam bayam – telah ditunjukkan untuk memperlambat pembelahan sel dalam perut manusia dan sel-sel kanser kulit. Selain itu, bayam telah menunjukkan perlindungan yang signifikan terhadap terjadinya kanker prostat agresif.
3. Manfaat Bayam Hijau sebagai Anti-inflamasi
Neoxanthin dan violaxanthin dua anti-inflamasi epoxyxanthophylls yang memainkan peran penting dalam regulasi peradangan dan hadir dalam jumlah yang tidak biasa dalam bayam.
4. Manfaat Bayam Hijau sebagai Antioksidan
Vitamin C, vitamin E, beta-karoten, mangan, seng dan selenium hadir dalam bayam semua berfungsi sebagai antioksidan kuat yang memerangi terjadinya osteoporosis, aterosklerosis dan tekanan darah tinggi.

Maklumat Tambahan:

Tanaman matang pada 25-30 hari selepas di semai. Rasanya enak dan berkhasiat.

 

 

Weight 0.016 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?