Daun Sup Green World

RM3.00

Daun sup mudah ditanam di kawasan tropika.Tingginya lebih kurang 60cm dan berwarna hijau tua. Berbau sangat harum. Boleh dituai selepas 70 hari disemai.

Category: Tags: , ,

DAUN SUP (SADERI)

KHASIATNYA:

Biji saderi digunakan terutamanya sebagai ubat diuretik, maknanya ia meningkatkan pengeluaran air kencing membantu badan menyingkirkan air yang berlebihan. Biji saderi juga kadang-kadang digunakan merawat artritis dan gout, dan membantu mengurangkan kekejangan otot, menenangkan saraf, dan mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian saintifik secara menyeluruh keatas manusia menunjukkan sama ada biji saderi benar-benar membantu merawat keadaan atau mana-mana orang. Kajian ada menunjukkan bahawa biji saderi bertindak sebagai penghalau nyamuk. Beberapa kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak biji saderi boleh membantu merendahkan tekanan darah dan kolesterol, serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan seperti acetaminophen pelega kesakitan (Tylenol). Tetapi sekali lagi, para penyelidik tidak ada kepastian sepenuhnya.

Saderi dimakan sebagai bahan diuretik dan merangsang membuang air besar (laxative) bagi mereka yang mempunyaimasalah tertahan kencing (urinary retentions) atau mengalami masalah buah pinggang, ia juga berkesan dalam kes-kes kehilangan tenaga tanpa sebab(asthenia), masalah hidung, masalah suara garau, reumatisme,kulit menjadi pucat / kuning (icterus ), gout, artritis, radang, masalah kulit (dermatosis), diabetes, dan obesiti. Individu yang mempunyai kolesterol yang tinggi perlu menambah saderi kepada diet mereka. Selain itu, seleri berkesan bagi mereka yang mempunyai kekurangan selera makan.

Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. Ia mengandungi vitamin AB1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besikalsiumfosforus, magnesium dan zink. Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan untuk membuat salad, menghias (spicing) makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun saderi telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido (aphrodisiac) serta ciri-ciri perubatan lain.

Maklumat tambahan:

Kandungan biji benih daun sup ialah1000 biji

 

Weight 0.016 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?