Green World F1 Kacang Panjang Evergreen

RM3.00

Kacang Panjang Evergreen F1 Hibrid ini sesuai ditanam dalam cuaca tropika serta Mengeluarkan hasil tinggi

Kacang Panjang merupakan sayur yang bermanfaat untuk kesihatan dan paling mudah ditemui. Kebiasanya, kacang panjang banyak digunakan sebagai bahan masakan utama seperti pecal dan lodeh. Penggunaan kacang panjang terbukti baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak nutrisi seperti vitamin B1 dan B2.

Manfaat kacang panjang dibahagikan kepada beberapa perkara:

Sumber Antioksida

Manfaat kacang panjang sebagai antioksida kerana mengandungi betakarotin, vitamin C dan mineral mangan. Memakan kacang panjang secara berkala akan menguatkan tubuh badan manusia secara semula jadi.

Kesihatan Jantung

Penyakit Jantung merupakan penyakit utama yang menyerang manusia masa kini. Kesedaran terhadap penyakit ini telah memberi pelbagai kaedah untuk menjaga kesihatan malahan menggunakan kacang panjang sebagai makanan kesihatan juga menjadi aspek yang baik, hal ini kerana kandungan vitamin K yang tinggi akan membantu mencegah pengerasan pembuluh darah dalam jantung. Pembuluh darah yang keras antara punca penyakit jantung.

Mencegah Kencing Manis

Kacang panjang juga antara sayur yang membantu mencegah penyakit ini. Hal ini kerana kacang panjang merupakan sayur yang paling rendah kalori dan gula. Selain itu, kacang panjang juga mengandungi vitamin K yang dapat membantu mencegah osteoporis.

Weight 0.016 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?