KEBAIKAN SAYURAN KOBIS
Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kobis hanya mengandungi 15 kalori.
Selain itu, ia juga kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air. Justeru, ia sangat baik untuk menangani masalah sembelit dan masalah yang berkaitan.
Kobis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.
Vitamin A membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.
Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kobis lebih tinggi daripada vitamin C di dalam oren. Vitamin C, salah satu antioksidan terbaik ialah mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.
Kobis juga terkenal sebagai salah satu sayuran yang menjadi penawar racun yang mampu membersihkan darah dan mencegah dari diserang dengan penyakit reumatik, arthritis dan encok yang menjadi penyakit-penyakit ini sangat bahaya.
Sains moden menunjukkan sayuran ini memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.
Ekstrak kobis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala ia sendiri membantu merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.
Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka akan lambat sembuh.
Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga membuatkan sayuran ini baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh badan.
Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.
Kobis Green World ini tahan kepada cuaca panas dan cepat membesar. Berbentuk semi-bulat dengan purata berat ialah 1.5 kg. Ia akan matang pada tempoh 60 hari selepas disemai. Ia juga sedap dimakan dan berkhasiat tinggi.