KEBAIKAN TERUNG PURPLE
Terung mengandung gizi yang sangat tinggi dan berguna bagi kesihatan tubuh dan berkhasiat mengubati pelbagai penyakit.
Terung mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, kalori, serat kasar, abu, kalsium, besi, pospor, karotin, vitamin B1, B2, C dan P, asam nikotinat serta mengandungi 750 mg vitamin P dalam setiap 100 gram. Vitamin P berfungsi mengurangkan kerapuhan pembuluh darah dan infiltrasinya.
Meningkatkan kemampuan tubuh merapatkan antara sesame sel dan memperbaiki kerosakannya sehingga pembuluh darah tetap dalam keadaan normal dan elastik, menjaga biologisnya dan mencegah pecahnya pembuluh darah
Akar, daun dan buah serta bunga terung berkhasiat melancarkan peredaran darah, menghentikan pendarahan, menghilangkan rasa sakit, mengatasi batuk darah, reumatik, buang air kecil / besar berdarah, anggota tubuh kesemutan, beri-beri, sakit gigi, pendarahan usus, penebalan dinding saluran darah, serta mencerdaskan minda, dan boleh juga menghilangkan jerawat.