Kacang Bendi Seven Star Green World

RM3.00

Kacang bendi baik ditanam di kawasan tropika. Buahnya mempunyai tujuh segi dan elok dipetik apabila sampai 10-12cm panjang. Berbuah selepas 45 hari disemai.

Out of stock

Kacang Bendi

Kebaikan:

✔Buah kacang bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak, iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit kornea dan sifilis.

✔Air rebusan kacang bendi juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.

✔Lendir kacang bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga berpotensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman seperti kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, manakala daun yang tua boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan yang cantik.

Maklumat Tambahan:

Pokok yang bercabang ini boleh mencapai ketinggian antara 1.5-2 meter. Ia sangat berkhasiat kerana mengandungi serat yang tinggi, vitamin C dan kandungan folat. Ia mempunyai 50 biji benih untuk satu pek.

Weight 0.016 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?