Daun Kuchai Green World

RM3.00

Daun kuchai sangat terkenal ditanam di kawasan tropika dan sub-tropika di Asia. Ketinggian pokok 35cm dan kelebaran daun berukuran 30 x 0.5cm.

Out of stock

Category: Tags: , ,

DAUN KUCHAI

Daun ini adalah sayuran yang sesuai dijadikan sebagai tujuan hiasan jika bunganya tidak dicantas. Perlu diketahui daun kuchai yang popular adalah kuchai cina yang bunganya berwarna putih dan bau seakan-akan bawang putih daunnya. Bahkan daun ini sangat sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah, dan yang paling baik adalah tanah yang agak dalam.

Antara kelebihan daun kuchai ialah ia mempunyai jangka hayat yang panjang jika dijaga dengan terurus bahkan sampai bertahun-tahun. Selain itu, daun ini mempunyai daya tahan yang baik dan mudah tumbuh. Ia boleh hidup walaupun di bawah teduhan atau dibawah cahaya matahari yang panas.

Khasiatnya:

Daun kuchai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Dau kuchai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kuchai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Maklumat Tambahan:

Daunnya berbau unik dan sangat harum. Rasanya sangat bagus dan berkhasiat. Boleh dituai 70 hari selepas semaian. Mengandungi 500 biji benih dalam setiap pek.

Weight 0.016 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?