Green World Pak Choy Pendek

RM3.00

Pak Choy Pendek no 15 adalah jenis yang tahan panas dan hujan.Mudah ditanam terutama di kawasan tropika.Tanaman ini berukuran 7-11cm tinggi.

Category: Tags: , ,

PAK CHOY PENDEK

Pak Choy (ada yang sebut Bak Choy) adalah ahli keluarga kobis cina. Ia sedap dimakan sebagai salad atau digoreng (stir fry) ketika segar selepas dipetik kerana ia rangup. Selain daun, pucuk dan batang juga enak dimakan. Pilih kawasan yang panas dan tidak terlalu teduh dengan tanah yang lembap. Tambahkan kompos atau tinja lembu/kambing/ayam yang telah diproses atau baja organik kira-kira 2 minggu sebelum benih disemai.

Kebaikannya:

1. Kesihatan jantung
Pak choy juga kaya akan folat, potassium, vitamin C dan vitamin B-6. Selain itu, sayur ini juga rendah kolesterol yang membuatnya baik untuk jantung.

2. Peradangan
Kolin merupakan nutrisi yang sangat penting dan itu kebiasanya ditemui dalam pak choy. Kolin membantu mempertahankan struktur membran sel, transmisi impuls saraf, penyerapan lemak dan mengurangi peradangan.
Selenium yang ditemukan dalam pak choy juga dapat meningkatkan respon kekebalan tubuh terhadap infeksi dengan merangsang produksi T-cells.

3. Menyihatkan kulit
Vitamin C bekerja dalam tubuh sebagai antioksidan yang dapat membantu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari, polusi, dan asap rokok. Vitamin C juga mempromosikan kemampuan kolagen untuk mengurangi penenuan dan memperbaiki tekstur kulit.

Maklumat tambahan:

Daunnya berwarna hijau tua dan tangkai berwarna putih. Sedap bila dimasak. Boleh dituai selepas 25-28 hari. Kandungan:10 gram.

Weight 0.016 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?