Timun Batu Green World
KEBAIKAN TIMUN BATU
1. Diet Harian
Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
2. Kulit
Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit. Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit. Selain itu, asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Timun juga membantu memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.
3. Rambut
Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
4. Sistem Penghadaman
Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser mulut, pedih hulu hati dan gastrik.
Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.
Maklumat Tambahan:
Tidak pahit dan sedap untuk dimakan
mengandungi 40 biji benih