Perangkap Lalat Buah
Jenis tanaman:
Buah yang berkulit nipis dan sering dijadikan lokasi bertelur seperti buah Belimbing, Mangga, Nangka, Betik, Peria, Petola, Timun, Terung dan sebagainya
Serangga Perosak:
Lalat buah (Fruit Fly) atau nama saintifik sebagai Bactrocera Carambolae. Lalat ini merupakan serangga kecil yang menyerupai lebah. Antara punca lalat buah datang menyerang adalah sebab buah yang terkena antraknos. Jadi, kena pastikan kebun kita selamat dari terkena kulat antraknos.
Lalat buah sukar untuk dikawal jika menggunakan teknik semburan racun perosak kerana ia hanya hinggap tanaman pada waktu yang singkat iaitu selepas ia bertelur lalu ia akan terbang kembali. Jadi, aktiviti memasang perangkap lalat buah dengan menggunakan feromon Methyl eugenol adalah satu kaedah yang sangat berkesan. Methyl euganol akan menghasilkan bau yang akan menarik lalat jantan masuk ke dalam perangkap yang telah di isi air atau racun. Bila lalat jantan berkurangan maka kurang berlaku persenyawaan dan populasi lalat buah akan berkurangan dengan mendadak, kerana lalat buah betina tidak boleh bersenyawa dan tidak boleh membiak. Perangkap lalat buah haruslah sentiasa di selia dari semasa ke semasa (buang lalat yang mati,dan titiskan pemikat yang baru jika bau feromon sudah mula berkurang). Seeloknya titiskan pemikat setiap 5 hari atau seminggu sekali.
Tanda serangan:
Lalat buah selalunya akan menyerang buah-buahan dan sayuran, termasuk buah cili. Lalat buah yang menyerang tanaman adalah lalat buah betina. Ia akan menyuntik telur yang subur pada buah menyebabkan telur akan menetas menjadi larva selepas 1-2 hari. Antara tanda suntikan lalat buah ialah terdapat kesan tusukan jarum pada bahagian luar buah. Ia akan menyebabkan buah kelihatan lebam, lembik dan berair. Kemudian, larva-larva itu akan memakan buah secara umumnya selama 8-10 hari. Ia akan menyebabkan buah menjadi busuk dan jatuh ke tanah.
Tips penggunaan:
Pastikan perangkap di pasang pada bahagian luar dan tepi kebun bukan bahagian dalam kebun. Pastikan tempat itu diyakini penuh dengan lalat buah untuk hasil yang terbaik.
Perangkap Lalat Buah
RM16.50
Out of stock
Perangkap lalat buah digunakan untuk memerangkap lalat jantan. Produk ini mengandungi bekas untuk menangkap lalat dan feremon untuk menarik lalat jantan
RM16.50
Baja Stok AB 300 ml Ready Stock ABI AGRO
RM10.00Set Hidroponik Takung
RM45.00Submersible Pump A2500E Pam Akuarium
RM63.00Submersible Pump A4000 Pam Akuarium
RM75.00Penyambung L 32mm PVC
RM2.00RACSOR | Racun Serangga Organik
RM25.00Bio Super Green [Baja Cecair Organik] 500ml
RM50.00Polibeg Tanaman Saiz 9″ x 6″ 1Kg READY STOCK
RM9.60Ammonium Nitrate (AN) MayHochst (34-0-0) Hydroponic Grade 500Gram
RM9.00Cuka Kayu 100% Asli
RM15.00











