Powerbank Pokok 1 Kg

RM120.00

POWER BANK POKOK adalah satu gel tanaman yang digunakan untuk menyimpan air. Ia juga berfungsi sebagai ejen penyerap air.

Out of stock

POWER BANK POKOK 

Kekal Kelembapan Tanah

POWER BANK POKOK adalah satu gel tanaman yang digunakan untuk menyimpan air. Ia juga berfungsi sebagai ejen penyerap air. Ia boleh menyerap air sehingga 200 kali lebih banyak. Ia akan melepaskan air ke dalam media tanam sewaktu tanah kering terutamanya pada musim kemarau panjang. Selain itu, gel tanaman ini juga dapat melembapkan tanah. Ini membuktikan bahawa gel tanaman ini sangatlah efisien dalam pertanian.

Dalam bidang pertanian, power bank pokok dijadikan sebagai media tanaman dan telah lama digunakan sebagai satu inovasi dalam bidang pertanian. Tetapi mungkin masih tidak mendapat pendedahan yang meluas di Malaysia. Masih ramai petani yang tidak mengetahui tentangnya walaupun sudah terbukti ia membawa banyak kebaikan kepada pokok dari segi kualiti dan kesuburan.

Sebelum menanam pokok, power bank pokok sesuai dicampurkan ke dalam tanah. Kajian menunjukkan power bank pokok mampu menjimatkan penggunaan baja rumput sebanyak 30-50%. Bahkan, ia sangat sesuai untuk diguna pakai dalam skala yang besar kerana ia akan lebih menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, jika gel tanaman ini dicampur dengan baja, ia akan menghasilkan kualiti yang lebih baik.

Di zaman yang penuh mencabar ini, ramai orang disibukkan dengan kerja dan masa bersama keluarga. Ini adalah penyebab utama tanaman menjadi terbiar tanpa diuruskan dengan baik. Sehingga kadang-kadang tidak punya masa bahkan sampai terlupa untuk menyiram pokok-pokok. Jadi, power bank pokok sangatlah memberi manfaat dalam situasi sebegini.

Apabaila tanah telah disiram dengan air, gel tanaman akan menyerap dan menyimpan air semula. Sebab itu gel tanaman ini boleh tahan lama di dalam tanah kerana ia berfungsi menyerap lebihan air dan akan membekalkan semula jika tanah telah kering. Jenis pokok memainkan peranan penting dalam menentukan jangka masa ia bertahan dalam tanah. Jika pokok yang memerlukan kadar kuantiti air yang banyak, power bank pokok akan lebih cepat habis kerana akar akan menyerap air dengan kadar yang banyak.

Cara penggunaan:
Masukkan 1 sudu besar gel ke dalam 1.5 liter air. Apabila gel mengembang, ia boleh ditanam di dalam 15 buah pasu.

Weight 1.1 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?