AKUAPONIK
Akuaponik merupakan teknik terbaru bercucuk tanam.
Menggabungkan pemeliharaan ikan iaitu akuakultur dan juga teknik tanaman tanpa tanah iaitu hidroponik.
Air ikan yang mengandungi najis ikan, menghasilkan ammonia.
Kehadiran ammonia sangat merbahaya pada ikan sehingga boleh menyebabkan kematian.
Terdapat bakteria yang mengurai unsur ammonia menjadi unsur lain iaitu nitrit dan daripada nitrit, bakteria mengubah unsur tersebut kepada nitrat.
Nitrat merupakan baja kepada tanaman.
Air ikan yang mengandungi ammonia dan telah ditukar kepada nitrat dialirkan pada tanaman. Tanaman akan mengambil nitrat sebagai baja untuk membesar dan kemudian air yang telah bebas daripada ammonia dan nitrat dialirkan semula pada ikan.
Dengan sistem akuaponik, kitaran ini akan berulang-ulang.
Ikan dapat hidup dalam air yang bersih dan tanaman pula dapat baja daripada air ikan.
SIFON
Akar tanaman yang terendam lama dalam air, kadang kala boleh memudaratkan tanaman dan menyebabkan pembesaran tanaman terjejas.
Sifon membantu proses mengeluarkan air ikan daripada bekas tanaman.
Apabila air daripada tangki ikan masuk ke dalam tangki tanaman hingga penuh, sifon akan mengeluarkan semua air yang ada dalam tangki tanaman hingga habis.
Dalam masa yang sama, pam akan sentiasa masukkan air ke dalam bekas tanaman semula hingga penuh. Apabila penuh, sifon akan berfungsi mengeluarkan semua air di dalam tangki tanaman. Proses ini akan berulang. Pokok akan sentiasa dapat air dan juga baja tanpa akar terendam sepanjang masa dalam air.
Set Mini Akuaponik (Sifon)
Mengandungi:
1. Tangki ikan – 1 unit
2. Tangki tanaman – 1 unit
3. Rak – 1 unit
4. Pam beserta aeration – 1 unit
5. Set sifon – 1 unit
6. Media tanaman hydroton
7. Biji benih – 3 pek
Saiz yang diperlukan:
L: 85cm W: 38cm H: 45cm
Set Mini Akuaponik (Sifon)
RM380.00
Akuaponik merupakan teknik bercucuk tanam yang menggabungkan penternakan ikan dan juga penanaman pokok.
Air daripada tangki ikan dialirkan kepada tanaman. Tanaman akan menyerap baja yang ada dalam air ikan.
Air di dalam tangki tanaman kemudiannya akan dialirkan semula kepada tangki ikan dalam keadaan yang lebih bersih.
RM380.00
Baja Stok AB 300 ml Ready Stock ABI AGRO
RM10.00Set Hidroponik Takung
RM45.00Penyambung L 32mm PVC
RM2.00Bio Super Green [Baja Cecair Organik] 500ml
RM50.00Polibeg Tanaman Saiz 9″ x 6″ 1Kg READY STOCK
RM9.60Ammonium Nitrate (AN) MayHochst (34-0-0) Hydroponic Grade 500Gram
RM9.00Set Hygrowbox
RM75.00Pereput Jerami Sri Organik 1 Liter
RM58.00Kawalan Serangga xTra Clouter 100% Organk
RM25.00PH Meter Hanna Instruments
RM230.00