Tanah Semai Peatgro

RM26.00

Tanah semai Peatgro 100% organik bersih, bebas penyakit, bebas tinja dan tidak berbau. Seberat 20kg. Berupaya simpan 10-20 kali ganda berat kering asal.

Out of stock

TANAH SEMAI PEATGRO

Tanah ini mempunyai struktur yang gembur dan seakan-akan lumut yang kering. Ia juga adalah sejenis lumut yang mereput yang banyak digunakan dalam amalan penanaman. Lumut itu adalah dari jenis Sphagum yang sesuai hidup dalam iklim sejuk. Ia amat sesuai digunakan semasa proses semaian benih, menanam pokok, dan juga sebagai campuran medium tanaman rumput. Tanah semai Peatgro ialah 100% tanah organik.

KELEBIHAN TANAH SEMAI PEATGRO

1. Peatgro mampu menyimpan air dan tidak mudah kering. Oleh sebab itu, ia mampu melembabkan tanah untuk kebaikan kepada tanaman secara maksimum.

2. Ia juga kaya dengan zat makanan kepada anak benih jika menyemai menggunakan tanah semai Peatgro.

3. Juga boleh digunakan sebagai fertilizing bagi ladang-ladang besar atau kebun sendiri.

4. Tanh semai ini boleh digunakan sebagai mulsa (mulch) pada batas tanaman, ia bukan sahaja membekalkan kelembaban kerana mampu menyimpan air, bahkan ia juga membekalkan nutrient pada tanaman.

5. Peatgro boleh melindungi tanah daripada menjadi keras disamping menambahkan zat makanan.

6. Mengurangkan kepadatan pada tanah liat dan mengikat pada tanah jenis berpasir. Tambahkan Peatgro pada batas yang mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi, ia akan mengurangkan ikatan tanah liat menjadi tidak padat manakala tanah pasir yang terlalu berderai dapat dikurangkan.

7.  Mempercepatkan pertumbuhan akar dengan cemerlang dan gemilang pada tanaman.

Weight 20 kg
Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?