Timun Jepun 309 Hybrida ini boleh ditumbuh dengan baik di kawasan panas lembab serta sejuk.
Jenis ini tahan penyakit, memerlukan sokongan untuk memanjat.
Buahnya seragam dan padat, berukuran 20 cm X 2.5 cm.
Kulitnya berkilat dan berwarna hijau gelap.
Tanaman matang selepas 40 hari dan boleh dituai berterusan sehingga 60 hari.
Ia mempunyai citarasa istimewa, tidak pahit, sedap dimakan dan sangat berkhasiat.