Pengenalan
ABI AGRO adalah sebuah syarikat 100% Bumiputra, telah ditubuhkan pada Ogos 2007. Pada peringkat awal penubuhan Abi Agro, perniagaan utamanya adalah menjual alatan pertanian , terutamanya alatan fertigasi dan hidroponik . Selain itu , menyedia konsultasi untuk pertanian moden iaitu fertigasi dan hidroponik .
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian , syarikat telah memperkembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah ladang pertanian moden iaitu sayuran hidroponik . Ladang ini mendapat bantuan modal, teknikal daripada beberapa agensi iaitu Jabatan Belia dan Sukan , Agro Bank, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan Paya .
Syarikat juga telah mengorak langkah dengan berdaftar dengan beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Langkah ini diambil untuk meluaskan lagi skop perniagaan Abi Agro ke sektor yang lebih besar.
Dengan 100% tenaga pekerja mahir tempatan yang mencukupi serta berpengalaman, Abi Agro telah berjaya menyempurnakan beberapa projek yang diberi oleh jabatan kerajaan mahupon syarikat swasta.