Kalau anda baru nak ceburi dunia hidroponik, mesti keliru. Bila cuba Google tentang sistem hidroponik ada macam-macam, tak tahu nak pilih yang mana satu. Jangan risau, kami kongsikan 7 jenis sistem hidroponik yang popular dan sesuai untuk pelbagai tahap, dari yang baru belajar sampai yang nak tanam secara komersial.
1. Sistem Wick (Sistem Sumbu)
Sistem paling mudah dan murah. Nutrien diserap ke akar melalui sumbu (kain atau tali). Tak perlu pam atau elektrik, sesuai untuk tanaman kecil dan hobi macam herba. Tapi, aliran nutrien agak perlahan, jadi kurang sesuai untuk tanaman besar atau cepat tumbuh.
2. Deep Water Culture (DWC)
Dalam sistem ni, akar tanaman direndam dalam air nutrien yang beroksigen. Pam udara dan batu udara bagi oksigen supaya akar tak lemas. Sesuai untuk tanaman berdaun seperti kangkung dan bayam sebab pertumbuhan sangat cepat. Sistem ni mudah dan murah, sesuai untuk pemula.
3. Nutrient Film Technique (NFT)
Sistem ni guna aliran nipis air nutrien yang sentiasa mengalir di atas akar tanaman yang diletakkan dalam saluran miring. Tanaman tak guna medium, jadi akar dapat oksigen maksimum. Sesuai untuk sayur berdaun dan strawberi. Tapi kena pantau supaya akar tak reput dan sistem kena ada pam yang stabil.
4. Ebb and Flow (Flood and Drain)
Sistem ni dulang tanaman akan dibanjiri dengan larutan nutrien kemudian air akan dikeringkan semula ke tangki. Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman termasuk yang berbuah macam tomato. Kelebihannya, nutrien dikitar semula jadi jimat kos. Tapi perlukan pam dan timer yang automatik, jadi sesuai untuk yang dah ada pengalaman sikit.
5. Drip System (Titisan Nutrien)
Larutan nutrien dititis ke akar menggunakan hos dan pemasa. Sangat fleksibel dan sesuai untuk tanaman komersial macam cili dan tomato. Kos permulaan agak tinggi dan sistem kena dijaga supaya tiada penyumbatan pada titisan.
6. Aeroponik
Akar tanaman digantung di udara dan disembur dengan larutan nutrien dalam bentuk kabus halus. Sistem paling moden dan guna air paling sedikit. Boleh hasilkan tanaman yang sangat cepat dan berkualiti tinggi. Tapi kos mahal dan teknikal, sesuai untuk yang serius dan berpengalaman.
7. Recirculating Deep Water Culture (RWC)
Sama macam DWC tapi larutan nutrien dikitar semula dan dialirkan secara berterusan. Jimat air dan sesuai untuk tanaman berdaun dan herba. Sistem ni lebih cekap dari segi penggunaan sumber.
Kesimpulan
Setiap sistem hidroponik ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pilihan sistem bergantung pada jenis tanaman, bajet, ruang dan tahap pengalaman korang. Kalau baru nak cuba, sistem Wick atau DWC sesuai sebab mudah dan murah. Untuk skala lebih besar dan komersial, NFT, Drip dan Ebb and Flow lebih sesuai. Aeroponik pula untuk yang mahukan teknologi tinggi dan hasil maksimum.
Dengan teknologi terkini, sistem hidroponik kini lebih cekap, mudah dikawal dan sesuai untuk pertanian bandar serta pertanian menegak. Jadi, jangan tunggu lagi, jom cuba sistem hidroponik yang sesuai dengan korang dan tanam sendiri makanan segar di rumah!