Anai-Anai (Nasutitermes sp.)

Anai-anai tergolong di dalam serangga yang sukar untuk dikendalikan kerana biasanya serangan anai-anai diketahui setelah bahagian tanaman rosak. Bahagian tanaman yang diserang adalah akar-akar pohon.

Anai-anai ini akan membuat sarang di dalam tanah sehingga batang yang ada di atas permukaan tanah, dari luar akan kelihatan seperti terowong kecil dari tanah yang melekat pada batang.

Anai-anai hanya memakan bahagian tanaman yang sudah mati, namun cairan yang dikeluarkannya boleh mempercepatkan kematian kulit batang, sehingga serangan akan merebak.

Penyelesaiannya:

1. Bersihkan sisa-sisa ranting, sampah dan tunggul kayu di sekitar tanaman.
2. Tidak menggunakan bekas kebun lobak untuk penanaman pokok.
3. Menggali tanaman yang diserang, dan memusnahkan sarang tempat ratu anai-anai berada.
4. Gunakan racun serangga seperti Furadan 3G pada media tanaman dan membuat semburan dengan Regent SC.
5. Mengupah pembasmi anai-anai professional.
6. Gunakan bahan membaik pulih tanah iaitu Baja Saori. Ia juga mampu mengawal dari serangan anai-anai (https://abiagro.com.my/product/baja-saori/)