EC METER

Ec meter adalah alat yang diguna untuk ukur kepekatan baja fertigasi.

====================

Pengusaha tanaman fertigasi akan gunakan baja ab sebagai sumber nutrisi untuk tanaman. Ada baja ab cili, halia, rockmelon, terung, timun dan sebagainya.

Untuk dapatkan hasil tanaman yang betul-betul ‘A’, kepekatan baja WAJIB diukur dengan tepat.

Bayangkan jika kepekatan baja tidak diukur dengan tepat, daun akan menjadi kekuningan dek kurangnya nutrisi. Daun akan menjadi kerinting dek lebihan nutrisi. Sabo jela.

Bacaan ec yang tepat, sangat-sangat PENTING terutamanya untuk mereka yang membuat tanaman fertigasi berskala besar. Ini kerana, kos baja dapat dijimatkan jika sentiasa diselaras dengan betul.

Cara-cara mengambil bacaan ec meter:

1. Larutan baja dikacau sehingga sebati.
2. Isikan larutan baja ke dalam bekas / cawan untuk dijadikan sebagai sample.
3. ‘On’ ec meter dan pastikan bacaan 0.000.
4. Masukkan ec meter ke dalam bekas / cawan untuk sukat larutan baja, bacaan akan tertera di skrin ec meter. Dah siap.
5. Eh, satu lagi. Jangan lupa bilas probe (tempat yang dicelup ke dalam larutan baja) dengan air sehingga bersih.

Bacaan ec yang tepat akan menghasilkan tanaman yang hebat dan memberi pulangan yang lebat.

Selamat mencuba yer.

Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?