Media Tanaman

Ini adalah media tanaman yang tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan dari Abi Agro.

– Yang bulat tu hydroton, bukan boba ya. Hydroton ni asalnya adalah tanah liat yang dibakar. Bestnya tentang hydroton, ia boleh diguna pakai berulang-ulang kali. Hydroton juga mampu pegang @ menahan tanaman hidroponik dan akuaponik dengan kuat.

– Cocopeat pula sifatnya penyerap air yang mampu menyimpan air termasuk air yang mengandungi larutan baja seperti yang digunakan dalam kaedah fertigasi. Ia juga sangat baik untuk pertumbuhan akar. Sedia maklum, cocopeat memang famous dalam aktiviti pertanian.

– Perlite dan vermiculite adalah media tanam yang terbuat dari mineral. Bersih dan ringan. Perlite lebih banyak simpan nutrisi yang diperlukan tanaman manakala vermiculite dapat menahan banyak kalsium, magnesium dan kalium. Dua media ini selalu dicampur dengan media lain seperti cocopeat.

Pemilihan media tanaman sangat penting kerana tanaman bergantung kepada media tanaman untuk hidup. Dapatkan media tanaman yang the best untuk tanaman anda ?.