Racun

RACUN SERANGGA ORGANIK CLEAR PEST

Sesuai untuk semua jenis tanaman

Bahan dalam ClearPest:

1. Trichoderma Harzianum – Kawal kulat.
2. Beauveria Bassiana – Keluarkan spora yang akan serang bahagian luaran serangga perosak.
3. Bacillus Thuringiensis – Menyerang sistem dalam serangga perosak.

Trichoderma Harzianum (TD)

  • Mengawal penyakit yang berpunca dari Kulat dan Bakteria. Mengawal tanaman bermula daripada akar pokok sehinggalah ke hujung daun. Kekerapan penggunaan TD boleh meningkatkan daya tahan pokok dan rintangan terhadap penyakit.

Kumpulan kulat yang dikawal oleh TD:

  • Karah Daun/Tangkai – Pyricularia oryzea
  • Hawar Seludang – Rhizoctonia solani
  • BLB – Bacterial Leaf Blight
  • BLS – Bacterial Leaf Sheath
  • Root Knot

TD juga boleh digunakan untuk rawatan benih dengan merendamkan benih ke dalam larutan TD pada kadar 10g TD/10kg benih

Beauveria Bassiana (BV)

  • BV mengeluarkan spora yang akan menyerang bahagian luaran serangga perosak dengan cara merosakkan sel-sel luaran serangga perosak. BV akan menyerang sehingga menyebabkan serangga perosak itu mati.
  • Serangga perosak yang diserang oleh BV akan mati dalam masa 3 ke 14 hari bergantung kepada saiz serangga perosak tersebut.
  • Tempoh hayat BV selepas aplikasi adalah 40-50 hari.

Kumpulan serangga yang di kawal oleh BV:

  • Jenis menghisap seperti bena perang, bena hijau, zig zag, kesing dan kutu beruang.
  • Ulat pengorek, batang dan ulat gulung daun.
  • Lalat putih.
  • Lelompat daun.

Bacillus Thuringiensis (BT)

  • BT bertindak dengan menyerang sistem dalaman serangga perosak yang akan mengakibatkan serangga perosak tersebut tidak aktif sehinggalah serangga perosak itu mati.
  • Serangga perosak yang diserang oleh bakteria ini akan mati dalam masa 2 ke 3 hari.

Kumpulan serangga yang di kawal oleh BT:

  • Jenis menghisap seperti bena perang, bena hijau, zig zag dan kesing.
  • Ulat pengorek batang dan ulat gulung daun.
  • Lalat putih.
  • Lelompat daun.

Cara penggunaan:

30g-50g racun serangga organik ClearPest dicampurkan dalam20 liter air. Biarkan selama 4 jam dan disemburkan pada tanaman.

Semburkan pada tanaman di awal pagi atau lewat petang. Tidak boleh dicampurkan dengan racun kulat. Sekiranya ingin menggunakan racun kulat, sembur seminggu selepas penggunaan racun serangga organik ClearPest.

Taufiq Norizan

Share
Published by
Taufiq Norizan

Recent Posts

Set Pasu 5 Nutripot Max 11”

Zaman sekarang sangat mencabar.Pelbagai urusan dan aktiviti perlu dibuat demi kelangsungan hidup.Lebih otak memikirkannya.Ingat, COVID-19…

4 years ago

Tanah Semai Peatmoss

Peat moss adalah bahan yang mempunyai kelebihan unik untuk menyerap air secara sekata dan juga menghalang…

4 years ago

Rockwool

Apakah rockwool? Rockwool terbuat dari serat yang berasal dari batu yang dipanaskan,kemudian ia dibentuk menyerupai…

4 years ago

Baja Asas

Apakah baja asas? Ia adalah baja permulaan kepada tanaman. Baja asas ditabur terlebih dahulu sebelum…

4 years ago

Baja Hidroponik XY

SIAPA CAKAP DUDUK DI RUMAH BOSAN? Tatkala kita semua sedang mentaati perintah kerajaan yakni PKP,…

4 years ago

Set Hidroponik NFT 20 Lubang

Tanam sayuran berdaun secara hidroponik dah add on dalam list? ''Alaa tak boleh la sebab…

4 years ago