Serangga ni bukan duduk di
atas permukaan daun atau di bawah daun, tapi ia duduk di dalam daun.
Jalur putih yang dapat dilihat ini adalah disebabkan ulat memakan tisu daun.
Betul-betul ‘melombong’ ulat ni.
Kalau tak pantau, daun akan
jadi kering, menjejaskan proses fotosintesis dan menjejaskan kualiti buah.
Hasil pun akan kurang. Sedih la.
Cara yang kita boleh
praktik untuk kawal serangan:
1. Pasang pelekat warna
kuning di tepi batas atau di kebun, nanti serangga dewasa (selepas ia melalui
fasa pupa) akan kena perangkap. Bahkan aphids, white flies pun kena juga. Haaa
gitu.
2. Kalau nak meracun, boleh
sembur guna Abermectin, Deltamethrin atau S-Trex ??.
3. Buang jer daun yang
diserang. Marah punya pasal, ada yang tenyeh sampai hancur lumat ?. Kemudian spray daun dengan neem oil untuk protection
yer.
Selamatkan tanaman anda
dari ‘perlombongan haram’ ?.