Ulat Pelombong Daun

Serangga ni bukan duduk di atas permukaan daun atau di bawah daun, tapi ia duduk di dalam daun.

Jalur putih yang dapat dilihat ini adalah disebabkan ulat memakan tisu daun. Betul-betul ‘melombong’ ulat ni.

Kalau tak pantau, daun akan jadi kering, menjejaskan proses fotosintesis dan menjejaskan kualiti buah. Hasil pun akan kurang. Sedih la.

Cara yang kita boleh praktik untuk kawal serangan:

1. Pasang pelekat warna kuning di tepi batas atau di kebun, nanti serangga dewasa (selepas ia melalui fasa pupa) akan kena perangkap. Bahkan aphids, white flies pun kena juga. Haaa gitu.

2. Kalau nak meracun, boleh sembur guna Abermectin, Deltamethrin atau S-Trex ??.

3. Buang jer daun yang diserang. Marah punya pasal, ada yang tenyeh sampai hancur lumat ?. Kemudian spray daun dengan neem oil untuk protection yer.

Selamatkan tanaman anda dari ‘perlombongan haram’ ?.

Shopping Cart
Scroll to Top
Perlukan Bantuan?